Saturday, 4 October 2008

ruak-ruak


3 hari sebelum aidilfitri aku bersama 2 rakanku rinjing dan akiong sepakat nak menjaring wak2..bukan apa sebab dah lama tak buat kerja2 amal ni disamping nak melepaskan gian disakat hantu..hehehe..lokasi kat belakang padang golf waktu malam..akiong yang mencadangkan supaya gi ke sana kerana katanya kat tmpat tu banyak spesis tu.. so kitorang pun cari lah bateri lampu suluh ngan kaset wak2.. kerja mencari ni tak susahh sebab kaset dan radio aku dah ada ,, cuma nak cari lampu suluh yang masalah ni,, hairan bila cari kat kedai runcit tak jual lampu suluh,,bukan 1 tmpt aku gi cari .. sampai ke R&R rawang tak jual benda ni..pelik..mgkin nak hampir raya ni ramai yg borong kot ..whateverlah..


Sampai di tol b.beruntung kami melalui kawasan perumahan taman bunga raya..sedih melihat kawasan yang lebih kuah dari sudu ni..rumah banyak tp penduduknya tak ramai..di warwarkan kawasan ni (b.beruntung&b.sentosa) dulu nak buat lapangan terbang tu yang rumah mcm cendawan tumbuh tp silap perkiraan daaaaaa... emm,bila dah menghampiri kawasan padang golf kami mula melalui kawasan jalan yang tak berturap dan ada belen2 tar .. aduh! lunyai absorber kancil EVO aku ni ..punya teruk jalan dia,,tapi perjalan tetap diteruskan biar berpatah spring berkerat tayar keta aku..


Setelah mengharungi cabaran getir piala unta akhirnya sampai kami ditempat yang nak ditujui..satu kawasan lapang di tepi kolam berhampiran ladang sawit..kedengaran suara anjing menyalak bukit .. bunyi laungan macam ternampak hantu,,ishh! takkan bolan pose ada hantu? mgkin yg baik2 kot.. jam menunjukan pukul 1 pagi.. hmmm,,dah lewat dah ni..aku menyuruh rinjing mencari batang sawit untuk tongkat jaring..bila dah ada jaring no.6 pun dibuka ..kami hanya memasang 1 jaring je sebagai langkah percubaan..setelah siap kesemuanya kami mengambil tempat masing2.. akiong kiri ,aku tgh (bahagian kawalan radio) dan rinjing kanan..


Radio pun dipasangkan dgn kuat..berdesir bunyi mcm angin kat speaker cap ayam(ada bunyi ayam kampung ngan terkukur sekali -ni kes rakam kat luar studio la ni)..kuak!kuak!kuak! terketukuakkuak! ,, burung kat celah semah depan paya menyahut riuh..biasanya kalo burung tu bunyi mcm ni payah nak turun.kat jaring..nak kena besit ngan kayu baru dia berhanjak dr tmpat dia..hampir setengah jam memanggil tetiba tiang jaring bergegar..tu dia sekor wak2 dah sangkut jaring..dengan segera kitorang kuarkan dari jaring dan sembelih..


Nak dipendekkan cerita kami hanya dapat 4 ekor wak2 ajer .. kalo ikut perkiraan lebih dari tu (campur tolak yang trlepas).. lagi satu setelah siasatan dilakukan rupa2 nya bkn kami bertiga ajer yang menunggu wak2 tu,ada satu geng terdiri dari 4 ekor anjing liar tak bertuan menunggu kat belakang semak tepi jalan,,patutlah burung takut nak turun..depa kena kejar anjing hutan ler..kalo tak agaknya 2 guni kitorang leh bw balik .. (poyo jer..hehehe)

No comments: