Saturday, 4 October 2008

rantai magnet

Aku teruja melihat promosi rantai magnet jenama bla bla bla ... fuh dasat betol dia punyer power.. boleh memberi kekuatan tambahan dlm tempoh yang singkat..tak tau lak aku camner ia berfungsi..tp yg diterangkan :
-letakan rantai ke tengkuk..
-rapatkan kedua belah kaki ..
-rapatkan tapak tangan sambil menghulurkannya ke bwh..
-suruh sorang jadi pak sanggup tekan tapak tangan..
*setelah ditekan diperhatikan tiada pergerakkan yang berlaku badan,,kononnya badan telah diseimbangkan oleh benda tu..
-pastu cuba pakaikan pada pergelangan tangan..
-panggil pak sanggup yang tekan tangan td buka jari yg dirapatkan dgn jari telunjuk..
*tekanan ibu jari sukar dibuka jika memakai gelang begitu juga sebaliknya..
***Ini adalah salah satu cara untuk mengujinya..yang lain2 tu "lu pikirlah sendiri"..

Nak diringkaskan cerita aku pun sambar satu..harga rm260..pakai kat tangan kiri coz hampir dengan aliran degupan jantung..(org yg dah pakai cakap)..
Syukur setelah 2 minggu pakai tiada apa2 perubahan yang berlaku..darah dan pernafasan berjalan seperti biasa..

Kesimpulannya bole pakai kalo nak buat hiasan tapi jangan mengharap benda2 magic akan berlaku..

ruak-ruak


3 hari sebelum aidilfitri aku bersama 2 rakanku rinjing dan akiong sepakat nak menjaring wak2..bukan apa sebab dah lama tak buat kerja2 amal ni disamping nak melepaskan gian disakat hantu..hehehe..lokasi kat belakang padang golf waktu malam..akiong yang mencadangkan supaya gi ke sana kerana katanya kat tmpat tu banyak spesis tu.. so kitorang pun cari lah bateri lampu suluh ngan kaset wak2.. kerja mencari ni tak susahh sebab kaset dan radio aku dah ada ,, cuma nak cari lampu suluh yang masalah ni,, hairan bila cari kat kedai runcit tak jual lampu suluh,,bukan 1 tmpt aku gi cari .. sampai ke R&R rawang tak jual benda ni..pelik..mgkin nak hampir raya ni ramai yg borong kot ..whateverlah..


Sampai di tol b.beruntung kami melalui kawasan perumahan taman bunga raya..sedih melihat kawasan yang lebih kuah dari sudu ni..rumah banyak tp penduduknya tak ramai..di warwarkan kawasan ni (b.beruntung&b.sentosa) dulu nak buat lapangan terbang tu yang rumah mcm cendawan tumbuh tp silap perkiraan daaaaaa... emm,bila dah menghampiri kawasan padang golf kami mula melalui kawasan jalan yang tak berturap dan ada belen2 tar .. aduh! lunyai absorber kancil EVO aku ni ..punya teruk jalan dia,,tapi perjalan tetap diteruskan biar berpatah spring berkerat tayar keta aku..


Setelah mengharungi cabaran getir piala unta akhirnya sampai kami ditempat yang nak ditujui..satu kawasan lapang di tepi kolam berhampiran ladang sawit..kedengaran suara anjing menyalak bukit .. bunyi laungan macam ternampak hantu,,ishh! takkan bolan pose ada hantu? mgkin yg baik2 kot.. jam menunjukan pukul 1 pagi.. hmmm,,dah lewat dah ni..aku menyuruh rinjing mencari batang sawit untuk tongkat jaring..bila dah ada jaring no.6 pun dibuka ..kami hanya memasang 1 jaring je sebagai langkah percubaan..setelah siap kesemuanya kami mengambil tempat masing2.. akiong kiri ,aku tgh (bahagian kawalan radio) dan rinjing kanan..


Radio pun dipasangkan dgn kuat..berdesir bunyi mcm angin kat speaker cap ayam(ada bunyi ayam kampung ngan terkukur sekali -ni kes rakam kat luar studio la ni)..kuak!kuak!kuak! terketukuakkuak! ,, burung kat celah semah depan paya menyahut riuh..biasanya kalo burung tu bunyi mcm ni payah nak turun.kat jaring..nak kena besit ngan kayu baru dia berhanjak dr tmpat dia..hampir setengah jam memanggil tetiba tiang jaring bergegar..tu dia sekor wak2 dah sangkut jaring..dengan segera kitorang kuarkan dari jaring dan sembelih..


Nak dipendekkan cerita kami hanya dapat 4 ekor wak2 ajer .. kalo ikut perkiraan lebih dari tu (campur tolak yang trlepas).. lagi satu setelah siasatan dilakukan rupa2 nya bkn kami bertiga ajer yang menunggu wak2 tu,ada satu geng terdiri dari 4 ekor anjing liar tak bertuan menunggu kat belakang semak tepi jalan,,patutlah burung takut nak turun..depa kena kejar anjing hutan ler..kalo tak agaknya 2 guni kitorang leh bw balik .. (poyo jer..hehehe)

tarahan


Aku ada bela sepasang burung pipit .. tapi yang ni bukan sembarangan pipit..orang kampung panggil tarahan..kalo ikut buku namanya pipit gunung..burung yang hampir pupus dan haram kalo bela tp tak mendatangkan dosa coz haram disisi undang2 sahaja ..hehehe..Burung ni aku beli kat ..................... dipinggir kL..harga jual rm30..tu dah kira murah dah tu kalo nak dinilaikan dgn denda yg aku akan bayar kalo kantoi ngan perhilitan..


Rupa burung ni kalo korang tgk musti korang cakap macam serindit sebab kaler dia macam burung tu.. suara macam serindit gak cuma fizikal jer seketul macam pipit,,mental dia aku tak tau mcm mana..agaknya ni pergaulan haram antara burung serindit ngan pipit kat dalam hutan tu.. tp siapa yang peduli dirg nak buat apa pun kan kan ,,keh!keh!keh!


Korang tgk kat sangkar tu yg kaler merah kat dada dan kepala biru tu jantan..tinonya kaler hijau je..tapi yg tak best nya pipit ni tak serasi dok berdua..betina tak suka kat jantan..tak tau apa sebabnya..nanti aku nak cuba campurkan ngan pipit uban dan pipit raja..manalah tau leh kacuk jadi pipit gantung..keh!keh!keh!

langkah ke 2

salam sejatera..Aku menulis kat Blog ni sekadar suka2 ajer..tgk org ada blog sendiri aku pun nak gak try .. Sekadar berkongsi cerita sesama kita ;-)